Tuesday, November 23, 2010

ana asif... im sorry.. saya mintak maaf..

li anna?? kerana??? because??? sebab ana dah LAMA :P tak update blog ni... sebenarnya, banyak benda yang ana nak kongsikan... tapi keadaan masa yang tidak mengizinkan..

idzan, so, jadi, : di waktu cuti ni, ana ingin meluangkan masa sepenuhnya insya-Allah.


petunjuk:
hijau: B.Arab
biru:B.Malaysia
merah:B.Inggeris

Friday, July 16, 2010

siapakan yang akan MEMBEBASKAN PALESTIN???

Sultan Muhammad Al Fateh yang telah menakluk kota KONSTATINOPLE dari ROM ketika zaman merintahan
kerajaan turki uthmaniah

Sultan Salahuddin Al AYubi yang telah membebaskan kota JERUSSALEM ketika berperang dengan tentera salib.




SEKARANG??siapakah yang akan membebaskan PALESTINE dari cengkaman YAHUDI LAKNATULLAH???? SIAPA!!!?? kali terakhir, ianya dilakukan oleh SULTAN SALAHUDDIN AL AYUBI pada pertengahan 500 hijrah pada zaman pemerintahan kerajaan ABBASIAH.... PALESTINE telah ditakluk pada pertama kalinya ketika zaman pemerintahan AMIRUL MUKMININ, KHALIFAH UMAR AL KHATTAB. jadi, kali ini, siapakan yang akan membebaskan mereka??!!!





Kita memerlukan kekuatan seperti SULTAN MUHAMMAD AL FATEH ketika baginda menakluk kota KONSTATINOPLE. sehinggakan baginda telah tersebut dalam hadith ketika RASULULLAH SAW telah bersabda bahawa, kota itu hanya akan ditakluk oleh seorang ketua yang baik, tentera yang baik, dan rakyat yang baik..

maka, SULTAN MUHAMMAD AL FATEH telah memenuhi kesemua cri yang telah disebut dalam hadith RASULULLAH SAW dan akhirnya berjaya menakluk kota itu.



Ayuh la kita mempertingkatkan keTAKWAAN kepada ALLAH a'zzawajal agar kita memperolehi kemenangan di akhir kelak... KITALAH YANG AKAN MEMBEBASKAN PALESTINE suatu hari nnti INSYA-ALLAH.!!! takbirr!!!!

siapakah yg akan MEMBEBASKAN PALEsTIN

Saturday, June 12, 2010

MALU mu BERHARGA

Cinta Hakiki


Sesungguhnya jika rindu itu dirasai rindulah pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Nya Jika rindu seseorang… moga lebih bertambah kekuatan untuk menyintai Allah..Jangan biarkan rindu itu melampaui batas hingga lupa pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Nya

...TOLONGLAH WAHAI WANITA...

Wahai para wanita, bantulah dirimu dan umat Islam yang ingin menjaga iman mereka. Janganlah menggoda atau termenggoda (tanpa sengaja) mereka dengan dosa-dosamu dan kecuaianmu terhadap hak Allah SWT. Moga kita semua terselamat.


Nabi Muhammad bersabda :




Ertinya : “Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)




Sebar luaskan nasihat ini, moga ia mampu sampai kepada wanita seksi yang tidak mahu membaca di web nasihat agama seperti ini.

Thursday, June 3, 2010

Layakah kita..... Sedangkan.....


Layakah kita..

untuk tidak mengingati Rasulullah SAW

Sedangkan..

Baginda sentiasa mengingati kita

Layakah kita..

mati tanpa kalimah "lailaha illallah muhammadur rasullah"

Sedangkan..

Baginda wafat dengan kalimah "ummati"

Layakah kita..

untuk tidak bersolah 5 waktu

Sedangkan..

kekasih Allah menyempurnakannya


Layakah kita..

untuk tidak bersolat jemaah

Sedangkan..

Baginda menggagahkan diri untuk bersolat jemaah ketika sakit

Layakah kita..

untuk tidak berpuasa sunat (isnin,khamis)

Sedangkan..

Baginda selalu berpuasa sunat

Layakah kita..

untuk sentiasa dalam keadaan kenyang

Sedangkan..

Baginda sering berlapar

Layakah kita..

untuk meyambut 14 februari

Sedangkan..

12 rabiulawal kita lupakan

Layakah kita..

untuk dipuji manusia

Sedangkan..

Baginda sering dihina

Layakah kita..

untuk tidak berqiamulllail

Sedangkan

Baginda melakukannya setiap malam
* renung2 kan lah wahai sahabat.