Thursday, June 3, 2010

Layakah kita..... Sedangkan.....


Layakah kita..

untuk tidak mengingati Rasulullah SAW

Sedangkan..

Baginda sentiasa mengingati kita

Layakah kita..

mati tanpa kalimah "lailaha illallah muhammadur rasullah"

Sedangkan..

Baginda wafat dengan kalimah "ummati"

Layakah kita..

untuk tidak bersolah 5 waktu

Sedangkan..

kekasih Allah menyempurnakannya


Layakah kita..

untuk tidak bersolat jemaah

Sedangkan..

Baginda menggagahkan diri untuk bersolat jemaah ketika sakit

Layakah kita..

untuk tidak berpuasa sunat (isnin,khamis)

Sedangkan..

Baginda selalu berpuasa sunat

Layakah kita..

untuk sentiasa dalam keadaan kenyang

Sedangkan..

Baginda sering berlapar

Layakah kita..

untuk meyambut 14 februari

Sedangkan..

12 rabiulawal kita lupakan

Layakah kita..

untuk dipuji manusia

Sedangkan..

Baginda sering dihina

Layakah kita..

untuk tidak berqiamulllail

Sedangkan

Baginda melakukannya setiap malam
* renung2 kan lah wahai sahabat.

0 comments: